BUKAN SEKADAR RESIPI

Saluran: 
TV AlHijrah
Tahun siaran: 
2014
Waktu siaran: 
Setiap Sabtu & Ahad, 4.05pm
Episod: 
13 Episod
Sinopsis: 

‘Bukan Sekadar Resipi’ adalah sebuah Majalah TV sebanyak 13 episod yang membawakan 2 elemen utama iaitu, Resipi dan Tazkirah. Program selama 30 minit yang berkonsepkan masakan dan tazkirah ini menampilkan 3 hos istimewa iaitu Puan Hajah Roza Roslan, seorang Penulis Buku terkenal dan Pensyarah di Universiti Taibah Madinah, Ustazah Zawiah Hassan, bekas Pegawai Agama di JAKIM yang juga penceramah bebas dan personaliti yang kerap muncul di kaca televisyen serta Ustazah Norhafizah Musa, seorang pensyarah di UTM, Kuala Lumpur serta penceramah bebas dan personaliti televisyen yang akan turut disertai tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada artis terkenal tanah air dan juga personaliti istimewa.

Bukan Sekadar Resipi memaparkan pelbagai resipi dan penyediaan masakan tempatan dan luar negara khususnya masakan Arab. Program ini juga membawakan banyak maklumat berbentuk nasihat dan motivasi yang disampaikan secara Tazkirah Santai. Ia membongkar banyak rahsia dan fadhilat atau hikmah di sebalik tugas memasak di dapur sekaligus merangsang para ibu, bapa dan juga anak-anak untuk memasak.

 

Galeri:

Majlis Pelancaran   I   Di Sebalik Penggambaran

 

Untuk makluman terkini dan maklumat resipi setiap episod, sila layari laman sosial Facebook Bukan Sekadar Resipi.

Facebook : www.facebook.com/bukansekadarresipi