BUKAN SEKADAR RESIPI (MUSIM 2)

Saluran: 
TV AlHijrah
Tahun siaran: 
2015
Waktu siaran: 
Setiap Sabtu & Ahad, 4.05 Petang
Episod: 
13 Episod
Sinopsis: 

Bukan Sekadar Resipi Musim ke 2 kekal menampilkan 3 orang Ustazah Selebriti iaitu Ustazah Zawiah Hassan, Ustazah Norhafizah Musa dan membawa masuk Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai hos baru bagi mengisi kesemua 13 episod program.

 

Sebanyak 13 tajuk bagi setiap episod dipilih iaitu Ramadan Bulan Mulia, Dapur dan Resipi Rasulullah, Memasak Tugas Sekeluarga, Aidilfitri Rasulullah, Hidangan dan Resipi Syaitan, Rezeki Memasak, Tradisi Yang Dilupakan, Kemuliaan Memasak Untuk Jiran, Hikmah Rempah Ratus, Resipi Kesihatan, Bagaimana Dapur dan Resipi Sepanjang Ramadan, Sajian Aidilfitri dan Salam Aidilfitri. Tajuk-tajuk dikupas dengan baik oleh setiap hos bagi menerangkan banyak hikmah dan kelebihan resipi dan tugas memasak di dapur serta diselang seli dengan soalan-soalan dari penonton sekaligus menjadikan program ini segar dan banyak manfaat untuk ditonton.

 

Turut bersama-sama ustazah memasak dan berceloteh ialah tetamu-tetamu undangan terdiri daripada pakar-pakar masak tempatan yang menampilkan resipi masing-masing. Lebih daripada 20 resipi bakal disajikan kepada penonton antaranya Mee ‘Ahlan Wa Sahlan’, Dodol, Ketupat Gajah, Gulai Daging Salai Bacang Muda dan Pucuk Ubi, Kari Kepala Ikan, Kerabu Jantung Pisang Ala Kelantan, Gulai Labu Manis Daun Peria Pantai, Gulai Daging Batang Pisang, Sambal Tempoyak Daun Kayu Bersama Lempeng, Wajik, Burek, Kuih Rangin dan banyak lagi.

 

Keistimewaan paling ketara program Bukan Sekadar Resipi Musim ke 2 ialah ia telah menjelajah ke 5 buah negeri iaitu ke Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor iaitu ke masjid-masjid bukan sahaja bagi sesi rakaman program tetapi juga bagi melaksanakan misi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihak penaja iaitu ADABI Consumer Industries Sdn Bhd bersama penduduk dan masyarakat tempatan seperti melawat ke rumah Warga Emas, melawat rumah fakir miskin, gotong-royong membersihkan masjid, bersama golongan OKU dalam aktiviti sukan dan rekreasi selain menyampaikan sumbangan produk makanan dan masakan keluaran ADABI kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan asnaf yang lain sesuai dengan semangat bulan Ramadan dan Syawal yang mulia dan penuh dengan keberkatan.

 

Galeri:

Majlis Pelancaran   I   Di Sebalik Penggambaran

 

Untuk makluman terkini dan maklumat resipi setiap episod, sila layari laman sosial Facebook Bukan Sekadar Resipi.

Facebook : www.facebook.com/bukansekadarresipi