PESAN

Saluran: 
Astro Prima (saluran 105)
Tahun siaran: 
2012
Waktu siaran: 
Isnin - Jumaat (7.00 pagi & 7.25 malam)
Episod: 
91 episod x 5 minit (Kapsul)
Sinopsis: 

Kapsul pendek selama 5 minit mengandungi pesanan, nasihat, tip berguna berkaitan kekeluargaan, kemasyarakatan, agama, kerjaya serta kisah pengalaman artis/selebriti yang dijadikan iktibar dan panduan hidup.

Pesanan yang disampaikan merujuk kepada situasi dan keadaan masa sekarang. Personaliti agama, motivasi, tokoh kerjaya, insan istimewa serta selebriti yang berhijrah diundang sebagai panel untuk menyampaikan pesanan kepada masyarakat.

Visual tambahan yang berkaitan tajuk turut menjadi sebahagian daripada kandungan program. Selain itu elemen grafik turut dimasukkan bagi menjadikan program lebih menarik.
Rakaman dijalankan diluar studio dengan menjadikan lokasi luar seperti rumah atau pejabat panel yang diundang.

Selain memberikan tips dan pesanan, kapsul ini juga bertujuan menambah ilmu kepada penonton tentang pelbagai perkara yang terjadi dan berkaitan dalam kehidupan. Kapsul ini diharap dapat memberi ilmu serta mendidik manusia tentang kekeluargaan, kemasyarakatan, kerjaya dan sebagainya.